Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan &
Maklumbalas

Peta
Laman

KADA BALOH NEGARA

Dilancarkan pada 21hb Ogos 2006, di Ladang Merdeka Jelor, Pasir Puteh, Kelantan.

Konsep KADA Baloh Negara diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa,
Pengerusi KADA, dengan merujuk “Baloh” sebagai sebuah “Rumah Kecil” tempat simpanan hasil pertanian
bagi bekalan makanan sesebuah keluarga. Konsep ini, yang merupakan agenda besar KADA dalam RMK ke-9,
bertujuan menjadikan KADA sebagai pusat pengeluaran makanan negara, selaras dengan perancangan kerajaan
untuk mewujudkan Terminal Makanan Negara di Kelantan.

Matlamat

  • Meningkatkan pengeluaran padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternak air, dan produk industri asas tani.
  • Meningkatkan pendapatan petani, penternak, dan usahawan tani dalam kawasan KADA.

Teras Pelaksanaan

  • Kuantiti: Meningkatkan pengeluaran dengan memperluas kawasan tanaman dan kadar pengeluaran.
  • Kualiti: Meningkatkan kualiti produk ke tahap piawaian global.
  • Varieti (Kepelbagaian): Mempelbagaikan produk nilai tambah.
  • Partisipasi (Penyertaan): Melibatkan penyertaan seramai mungkin petani, penternak, dan usahawan lain.
  • Teknologi: Menumpukan penggunaan teknologi di peringkat pengurusan dan pengeluaran.

Penutup

Bagi menjayakan konsep KADA Baloh Negara, setiap sumber yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya,
termasuk penyertaan petani, penternak, dan usahawan. Pertubuhan Peladang Kawasan dan Unit-Unit Peladang
akan menjadi tenaga penggerak utama dengan sokongan pelbagai pihak lain. Program strategik dan perancangan
rapi akan memastikan setiap hasil mendapat pasaran tanpa lambakan, sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat
dari segi peningkatan pendapatan dan taraf sosioekonomi.

Skip to content