Agropreneur Muda Timun Baby | Dari RM20K ke RM40K Setahun
Berbekalkan tekad & semangat tinggi, Muhammad Alif Syazwan dari Kampung Pak Badol berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM20,000 ke RM40,000 setahun melalui projek timun baby.
Dengan bantuan RM30,000 daripada KADA — termasuk enjin air, sabut, besi & polybag — hasil ladang meningkat dan pengurusan jadi lebih cekap. Pemasaran kini bukan sahaja ke RTC Tunjong, malah semakin berkembang ke kawasan sekitar. Sasaran seterusnya? Pasar Raya.
Agropreneur Muda Kelantan | Dari Tanaman Biasa ke Fertigasi Moden
Daripada tanah kampung di Melor Lama, Mohd Azhan membuktikan bahawa perubahan bermula dengan keberanian mencuba.
- Dengan sokongan RM15,000 daripada KADA melalui program Agropreneur Muda, ladang kecil beliau kini beralih kepada projek fertigasi moden dengan: 1000 polybag terung
- 1500 polybag timun
- 1500 polybag cili & cili solok
Hasil pendapatan yang dahulu sekitar RM50,000 setahun kini melonjak, membuktikan inovasi & sokongan yang tepat mampu mengubah masa depan.