Zais Snack | Dari Dapur Ibu ke Pasaran Komersial
Zainul binti Saleh, pengasas Zais Snack sejak 1997, kini diteruskan oleh anaknya Ahmad Ashraf Hakimi sebagai generasi kedua.
Bermula dari dapur kecil di Pasir Puteh, Kelantan, kini Zais Snack menghasilkan lebih 8 jenis makanan ringan termasuk kerepek bilis, kerepek ikan, kerepek ubi & banyak lagi. Misi mereka jelas — meneruskan legasi keluarga sambil mengangkat jenama tempatan ke tahap lebih tinggi.
Murtabak Raja Salor | Dari Dapur Rumah ke Inkubator Sejuk Beku
Nor Ramadiah binti Ab Satar, pengusaha Murtabak Raja dari Salor sejak 2008. Bermula dari dapur rumah, pada 2012 beliau berpindah ke bengkel inkubator sejuk beku KADA — membolehkan pengeluaran lebih sistematik & berskala besar.
Murtabak Raja bukan sekadar murtabak biasa, tetapi resipi tradisi unik yang kini dipasarkan secara komersial. Legasi ini turut diteruskan oleh generasi baharu, Siti Nur Seliza binti M. Yusof, membuktikan warisan perniagaan keluarga mampu berkembang lebih jauh.
Harmuni Bakery | 23 Tahun Warisan Kuih & Roti Generasi Kedua
Sharifah Munirah binti Syed Malek Shahabudin, generasi kedua yang meneruskan legasi Harmuni Bakery sejak ditubuhkan pada 2001 oleh ibunya.
Dari kuih segera, kuih frozen, roti harian hingga donat, Harmuni Bakery terus berkembang dengan kepelbagaian produk.
Pada 2019, bantuan KADA dalam baik pulih bengkel & peralatan baharu menjadikan pengeluaran lebih moden & berkualiti.
Sebuah jenama yang bukan sekadar membekalkan rasa tradisi, tetapi juga inspirasi wanita muda dalam dunia bakeri.
Laksa & Laksam Tumpat | Legasi Generasi Ketiga ke Pasaran Moden
Puan Salwati binti Zakaria, pewaris generasi ketiga kilang laksa & laksam di Kampung Talak, Tumpat.
Bermula dengan kursus keusahawanan pada 1990, beliau menerima sokongan KADA sejak 1995 termasuk mesin retort, vakum, pengukus & bangunan tambahan.
Dengan kemahiran dan teknologi moden, produk laksa & laksam kini lebih tahan lama, sistematik dan dipasarkan ke luar kawasan. Sebuah legasi keluarga yang menjadi simbol kecekalan wanita dalam industri makanan tradisional. Saksikan dokumentari inspirasi ini sekarang — dari warisan ke inovasi!
Bipang Beras Tradisional | Dari Pasir Puteh ke MAHA
Sejak 1993, Puan Mazini binti Ismail mengusahakan bipang beras tradisional di Pasir Puteh, Kelantan.
Bermula secara kecil-kecilan, pada 2004 beliau menerima bantuan KADA berupa mesin, premis & peluang promosi.
Kini, produk bipang beliau bukan sahaja mendapat tempat di pasaran tempatan, malah dikenali melalui pameran seperti MAHA & acara antarabangsa.
Lebih daripada sekadar makanan ringan — inilah simbol tradisi & ketabahan seorang usahawan wanita.
Serunding Kampung Laut | Resipi Warisan 1976 ke Pasaran Global
Wan Rosnani, pewaris resipi serunding Kampung Laut sejak 1976.
Dari dapur keluarga ke pasaran moden, beliau mengangkat serunding warisan ke tahap antarabangsa sejak 2006 dengan bantuan geran CAP KADA.
Dengan mesin, pembungkusan moden & strategi promosi, serunding beliau kini menembusi Lembah Klang hingga luar negara.
Inspirasi wanita berdikari yang berjaya memadukan tradisi dan komersial.
Dari Kampung ke Pasaran Nasional | Kisah Inspirasi Usahawan Muda Kelulut
Bermula dari ladang kecil di Kampung Bakong, Pasir Mas, Wan Mohd Akmal atau Tok Wan berjaya mengusahakan penternakan kelulut sehingga menghasilkan lebih 1000kg madu setahun.
Dengan sokongan program Agropreneur Muda & bimbingan KADA, beliau membuktikan bahawa semangat, ilmu dan peralatan moden mampu membawa kejayaan luar biasa.
Saksikan bagaimana hobi bertukar menjadi kerjaya, dari kampung ke pasaran nasional.
SRZ Tenusu: Dari Ladang Keluarga ke Agro Pelancongan Pasir Puteh
Usahawan muda, Nik Syazwan Najmi, meneruskan legasi yang dimulakan oleh datuknya sejak tahun 1990 — menerajui projek ternakan lembu yang kini dikenali sebagai SRZ Tenusu.
Dengan bimbingan dan bantuan KADA, projek ini berkembang dari ladang penternakan kepada destinasi agro pelancongan, membuka peluang baharu kepada masyarakat tempatan.
Kini di bawah generasi ketiga, SRZ Tenusu bukan sahaja menghasilkan susu segar — malah menawarkan pengalaman ladang kepada pengunjung.