Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Paparan laman web ini adalah langkah terkini KADA untuk mendekati anda dengan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Selari dengan visi dan misi kami, laman web ini direka sebagai platform komunikasi dua hala yang berkesan.
Kami yakin laman web KADA akan menjadi medium penting untuk membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan. Ia merangkumi segala aspek termasuk pengurusan sumber air, sistem pengairan dan saliran sehingga kepada penggunaan teknologi pertanian. Semua ini untuk memastikan maklumat yang tepat dan terkini dalam bidang agromakanan dapat disampaikan terus kepada anda.
Kami berharap dengan adanya platform ini, KADA dapat merealisasikan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian yang akhirnya menjurus kepada pembuatan keputusan yang tepat dan pantas. Tujuannya adalah untuk membantu golongan sasar mencapai pendapatan yang lebih tinggi, selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menjadikan sektor pertanian sebagai pemangkin utama ekonomi negara.
Akhir sekali, terima kasih atas kunjungan anda. Pandangan dan cadangan anda sangat kami hargai untuk terus menambah baik kandungan laman ini.
Selamat melayari laman web KADA.
Sekian, wassalam.
SYED MOHD AGONG BIN SD AGIL
CHIEF INFORMATION OFFICER (CIO) KADA.