Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan &
Maklumbalas

Peta
Laman

Majlis Korban Peringkat KADA Tahun 2025

Majlis Korban peringkat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi tahun 2025 telah berjaya dilangsungkan di Pejabat KADA Jajahan Pasir Mas.

Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan pada program yang julung kali diadakan ini.

Program ini merupakan salah satu usaha menyantuni petani di kawasan Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu Utara serta kakitangan KADA.

Inisiatif sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara KADA dan petani, malah turut memberi peluang kepada petani untuk merasai kemeriahan AidilAdha.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Pengerusi KADA; YBrs. En. Mohd Faizul bin Mustafa, Pengurus Besar KADA; pegawai-pegawai kanan KADA; kakitangan yang terlibat serta petani terlibat.

terkini
Skip to content