Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan &
Maklumbalas

Peta
Laman

Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda (PAM) ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 45 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.
  • Menyokong Pembangunan graduan lepasan kolej pertanian.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk bantuan mesin, peralatan, input pertanian, infrastruktur dan lain-lain lagi dengan nilai maksimum sebanyak RM30,000.00 bagi setiap peserta

Skip to content