Promosi dan pemasaran produk merupakan satu program yang bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna luar. Ia turut mempengaruhi trend pasaran ekonomi global sekaligus telah mendorong usahawan bersifat lebih dinamik dalam memacu perniagaan masing-masing. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mempunyai seramai 1,550 orang usahawan industri makanan dan asas tani yang berdaftar terdiri daripada pelbagai kategori usahawan seperti makanan, minuman, kraftangan, pemprosesan dan sebagainya.
Program ini akan memberi impak yang besar kepada usahawan industri makanan dan asas tani bagi promosi, pemasaran dan galakan pasaran yang tidak dapat menampung permintaan produk secara berterusan.
Objektif :
- Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani KADA berhasrat membantu usahawan dengan menyediakan platform untuk usahawan bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan usahawan melalui jaringan pasaran yang lebih kukuh dan berdaya saing samada di dalam Negeri dan Luar Negara
- Program ini juga dijangka dapat membantu usahawan bimbingan KADA memenuhi dan memperkukuhkan produk di dalam pasaran serta menekankan aspek kualiti dan keselamatan dalam penghasilan produk makanan
- Memperluaskan pasaran dan membina rantaian pasaran baru bagi produk keluaran usahawan industri makanan dan asas tani
- Membantu melaksanakan program jualan dan promosi produk bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi usahawan bimbingan KADA sekaligus dapat merancakkan aktiviti rantaian agromakan.