Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) merupakan salah satu program di bawah inisiatif pembangunan usahawan pertanian dan industri makanan yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
Objektif program adalah bagi mensasarkan peningkatan pendapatan dengan mempelbagaikan sku produk, meningkatkan keupayaan usahawan untuk terus kekal bersaing dalam pasaran, menggalakkan pasaran serta menggiatkan promosi bagi mencipta peluang pasaran yang luas kepada produk usahawan, meningkatkan pembangunan produk baru bernilai tinggi, berkualiti dan memenuhi standard sesuai dengan pasaran dan menjana peluang pekerjaan baru terutama kepada penduduk setempat.
Program ini dipertimbangkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Mikro yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan di bawah RM 300,000.00. Bantuan geran pemadanan yang ditawarkan adalah :
Perkara | Keterangan | ||||
Skop | Kajian pembangunan kualiti produk | Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan | Peningkatan kapasiti pengeluaran | Penambahbaikan premis | Perolehan papan tanda perniagaan |
Kadar | Geran penuh 100% | Geran pemadanan (Geran 70% Usahawan 30%) | |||
Nilai Geran | Maksimum RM1,000/
permohonan |
Maksimum RM60,000/permohonan (termasuk kajian pembangunan kualiti produk jika dipohon secara kombinasi) |