Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan &
Maklumbalas

Peta
Laman

Program Rezeki Tani

Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang dijenamakan semula daripada Program AZAM Tani di bawah Kementerian. Pelaksanaan Program Rezeki Tani dipertanggungjawab kepada tiga (3) Jabatan dan tujuh (7) Agensi di bawah Kementerian iaitu DOA, DOF, DVS, FAMA, LPP, LKIM, LPNM, MARDI, MADA dan KADA.

Tujuan Program Rezeki Tani ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui projek-projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan. Selain itu juga, program ini akan dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah Program Rezeki Tani dan mengenal pasti peserta-peserta yang berpotensi untuk dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi.

Bantuan program ini diberikan dalam bentuk bantuan mesin dan peralatan yang peserta perlukan dalam menjalankan projek dengan anggaran bantuan sebanyak RM 10,000 untuk setiap peserta.

Skip to content