Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan &
Maklumbalas

Peta
Laman

Turun Padang Pengurus Besar ke Kawasan Bendang Unit Mahligai Melor

Lawatan Turun Padang Pengurus Besar KADA ke Kawasan Bendang Unit Mahligai, Melor

Pengurus Besar KADA, YBrs. En. Mohd Faizul Mustafa telah mengadakan lawatan turun padang ke Unit Mahligai, Melor bagi meninjau keadaan semasa serta mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh para petani di kawasan tersebut.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah masalah bekalan air bagi tujuan pengairan kawasan pertanian, yang memberi kesan langsung kepada hasil dan kelangsungan aktiviti pertanian.

Lawatan ini turut disertai oleh Ketua PKJ Bachok dan Pasir Puteh serta pegawai-pegawai KADA yang berkaitan.

KADA komited untuk terus mendampingi petani dan mencari penyelesaian terbaik demi memastikan kelangsungan sektor pertanian di kawasan seliaan.

terkini
Skip to content