Panduan Calon Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2022
Permohonan Peperiksaan
- Borang permohonan peperiksaan dan jadual peperiksaan boleh diakses secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi.
- Nama dan alamat pejabat hendaklah diisi dengan lengkap.
- Calon digalakkan memohon seawal mungkin sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
- Slip akuan terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Calon yang tidak mendaftar TIDAK dibenarkan menduduki peperiksaan.
- Semakan status permohonan, angka giliran dan pusat peperiksaan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan.
Pusat Peperiksaan
- Ditetapkan oleh urusetia peperiksaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
- Pertukaran pusat peperiksaan TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada urusetia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Pertukaran pusat hanya dibenarkan atas sebab berikut:
- Pertukaran tempat bertugas (sertakan surat arahan pertukaran).
- Masalah kesihatan (sertakan surat laporan kesihatan daripada Pegawai Perubatan).
Tanggungjawab Calon
Calon hendaklah mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 1982 – Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan, antaranya:
- Mencetak dan membawa Slip Arahan Calon, Kad Pengenalan dan alat tulis.
- Berpakaian pejabat dan kemas.
- Bahan rujukan berkaitan dibenarkan kecuali nota tangan dan nota slaid.
- Sekiranya calon tidak mematuhi peraturan, Ketua Pengawas boleh menghalang calon daripada menduduki peperiksaan.
Keputusan
- Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi.
- Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peperiksaan.
- Keputusan peperiksaan dianggap TERBATAL sekiranya calon didapati tidak layak menduduki peperiksaan yang berkaitan.
Klik di sini untuk keterangan lanjut berkenaan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2022.